"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" - Ar Rad 11

Siapa Lubok Website?

lubok website

Kisah Di Balik Lubok Website

Saya dr Nadiah Nazri. Seorang doktor perubatan yang mencintai keluarganya lebih daripada kerjaya seorang doktor perubatan. Sebelum berkahwin saya sangat sayangkan kerjaya saya. Tetapi setelah mempunyai tiga orang anak, ternyata kebahagiaan saya adalah bersama anak-anak. 

Saya jaga anak orang, tapi anak sendiri tak terjaga. Hari itu saya sentap. Saya menangis dan ambil keputusan untuk berhenti kerja. Tetapi kehidupan sebenar sayang saja tak mencukupi, duit juga perlu untuk keperluan asas lagi bila ada anak kecil. 

Saya berfikir apa yang saya boleh buat untuk jana pendapatan. Kemahiran memasak atau membuat kuih memang kelaut. Jadi saya cuba menjual, rupanya menjual tu sangat susah dan tidak sesuai dengan jiwa saya. 

Untung waktu di universiti dulu, saya memang meminati dunia IT. Saya belajar coding sendiri, cuba buat blog, buat web design, dan suka menulis. Jadi saya belajar jadi penulis SEO (banyak company dan juga blog besar yang memerlukan penulis yang mempunyai ilmu SEO) juga website designer secara freelance. 

Saya pernah juga ditipu buat kerja secara percuma. Tapi pengalaman berharga ini yang menjadikan siapa saya sekarang. Setelah lebih 8 tahun pengalaman buat secara side income, dan sekarang sumber pendapatan utama saya terpanggil untuk ajar orang lain terutama wanita macam saya.

Saya yakin dan percaya anda boleh lakukannya dengan bertindak sekarang dan ubah hidup anda. Semua bermula dari langkah yang pertama. Dan saya ada di sini untuk anda sekiranya anda memerlukan saya. 

Sentiasa Berusaha Menjadi Hamba Yang Terbaik Dunia dan Akhirat,

Nadiah Nazri