Tak Pandai IT tapi nak buat duit dari rumah?
Dah lama nak buat bisnes online tapi tak mampu upah web designer?
Rasa susah dan pening bila dengar istilah “domain, hosting, plugin”?
Nak jana pendapatan dari rumah tapi tak tahu skill apa nak belajar?
Ramai bisnes perlukan website tapi tak tahu macam mana nak mula?
Keliru nak mula dari mana. Susah nak cari side income yang halal, mudah & praktikal?
Tak perlu coding. Belajar buat website simple & cantik guna Elementor
Tak perlu software mahal. Boleh mula dengan yang free saja
Tak perlu pengalaman teknikal. Belajar buat 1 website dalam 1-2 hari
Anda belajar ikut masa sendiri – fleksibel 100%. Ada Sokongan komuniti tak perlu belajar sorang-sorang
Skrip untuk cari & close pelanggan (local bisnes) dan rahsia jana side income dari rumah
Hanya guna laptop + internet sahaja. Cara dapatkan pelanggan dari LinkedIn, Fiverr, Upwork, dan Facebook
Website lengkap milik anda sendiri
Ilmu praktikal guna WordPress & Elementor
Keyakinan untuk edit dan ubahsuai website bila-bila masa
Akses template reka bentuk website profesional
Sertai komuniti support Telegram untuk teruskan belajar
Peluang jana pendapatan dengan servis bina website
Assalamualaikum, saya Nadiah. Bekas doktor perubatan yang kini beralih arah menjadi web designer dan pakar digital marketing sepenuh masa.
Saya faham sangat bagaimana rasanya bermula dari kosong. Bila saya mula belajar bina website dulu, saya tiada mentor, tiada panduan langkah demi langkah. Semuanya saya belajar sendiri, jatuh bangun, salah buat, ulang balik.
Kini, Alhamdulillah saya dah bina lebih 100+ website untuk klien pelbagai industri, dari bisnes kecil sampai syarikat besar. Saya juga bantu mereka naikkan ranking Google dan dapat lebih pelanggan melalui SEO dan strategi online yang berkesan.
Apa yang buat saya lain dari yang lain?
Saya ajar cara paling mudah & praktikal, khas untuk beginner
Saya pernah melalui fasa jadi suri rumah, struggle nak cari duit dari rumah
Saya tak guna istilah teknikal yang susah, semuanya straight to the point
Saya faham anda mungkin tak ada banyak masa, jadi saya reka kursus ini supaya anda boleh belajar step-by-step, dalam masa yang singkat
Saya tak akan tinggalkan anda kerana ada support group khas untuk pelajar
Saya cipta kursus ini khas untuk anda yang nak ubah hidup, tambah ilmu, dan mula bina pendapatan tanpa perlu keluar rumah dan boleh sentiasa bersama dengan orang yang anda sayang.
Kalau saya boleh buat, anda pun boleh. Jom mula sama-sama
Ya, boleh! Kursus ini direka khas untuk beginner yang tiada latar belakang IT. Anda hanya perlu tahu asas komputer & internet. Segalanya diajar langkah demi langkah, dari kosong hingga siap satu website profesional.
Tak perlu langsung! Anda akan belajar guna Elementor (drag & drop) – sangat mudah dan mesra pengguna. Tak perlu pening kepala dengan HTML atau CSS.
Kebanyakan peserta mampu siapkan website pertama mereka dalam 1–2 hari jika fokus. Anda boleh belajar ikut masa sendiri – akses kursus adalah seumur hidup.
Ya! Anda akan dimasukkan dalam group support khas bersama peserta lain. Anda juga boleh tanya terus kepada trainer, dan kami akan bantu sebaik mungkin.
Ya, anda kena beli domain dan hosting sendiri. Dalam Kursus ini saya hanya ajarkan anda bagaimana untuk bina website anda sendiri. Sekiranya anda masih keberatan untuk beli domain/hosting. Saya sarankan anda untuk pelajari bonus modul buat website menggunakan canva di mana anda tak perlu beli domain dan hosting maupun canva pro.
YouTube tak ada struktur dan anda akan mudah lost. Kursus ini beri anda:
Modul langkah demi langkah
Template siap guna
Group support
Sistem yang terbukti membantu beginner siapkan website pertama mereka
Boleh! Ramai pelajar gunakan skill ini untuk ambil job freelance, bina side income atau buka bisnes sendiri. Kami juga kongsikan cara cari klien pertama anda.
Anda hanya perlukan:
Laptop/PC
Sambungan internet
Email Gmail
Domain dan hosting akan diajar dalam modul – kami tunjuk cara paling bajet & mudah untuk mulakan.
Kami yakin dengan kualiti kursus ini. Jika anda benar-benar rasa tak sesuai selepas lihat modul pertama, kami sedia pertimbangkan refund dalam 7 hari, dengan syarat belum akses sebahagian besar kursus.
Ya! Kursus ini sesuai untuk:
Suri rumah yang nak bantu kewangan keluarga
Penjawat awam yang nak bina pendapatan sampingan
Pelajar yang nak ada skill praktikal
Usahawan kecil yang nak buat website sendiri tanpa bayar mahal
Anda akan terima email login ke platform kursus selepas bayaran berjaya. Anda boleh terus akses semua modul ikut masa sendiri.