"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" - Ar Rad 11

Cara Jual Template Canva (Panduan Lengkap Untuk Jana Income Dari Rumah)

cara jual template Canva
Facebook
Twitter
LinkedIn

Table of Contents

Cara jual template Canva? Ramai tak tahu macam mana cara jual template Canva. Kalau awak dah explore Canva dan biasa dengan Canva mesti rasa seronok dengan hasil kerja yang awak buat. Next step macam mana nak jual betul tak? 

Canva ni bukan sekadar alat untuk design sahaja, memang boleh menjadi sumber income yang lumayan. Kalau awak seorang suri rumah, freelancer atau pekerja yang nak side income, menjual template Canva adalah salah satu cara paling cepat untuk mula tanpa modal besar. 

Hanya berbekal handphone and apps Canva free sahaja awak dah boleh bermula. Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan cara jual template Canva step by step, walaupun anda beginner dan strategi marketing untuk dapat sales pertama. 

Kenapa Jual Template Canva Sangat Menguntungkan?

Nak buat template Canva ni awak tak perlu pun ada background design maupun tahu coding. Paling best sekali awak dah siap buat template, awak boleh jual berkali-kali. Ini boleh jadi passive income untuk awak. Tidur pun boleh buat duit

Modal nak mula pun hampir RM0. Awak cuma perlu handphone yang ada internet dan download free Canva apps. Kalau nanti awak dah stabil, ada duit yang memang masuk setiap bulan boleh lah upgrade ke Canva pro. 

Lagipun template Canva ni memang high demand. Bisnes, student, content creator semua guna Canva. 

Contoh template yang laku keras:

  • Template Instagram post
  • Poster Bisnes
  • Kad Jemputan
  • Resume
  • Ebook layout

    Ini semua termasuk kategori produk digital yang evergreen tau. 

Tapi masalahnya kebanyakan dari mereka ini tak pandai design dan tak punya masa untuk buat design. Di sinilah peluang awak untuk cari duit online. 

Dengan menjual template Canva, awak boleh selesaikan masalah mereka, malah boleh jual berkali-kali (produk digital). Margin keuntungan pula hampir 100%

cara jual template Canva

Cara Jual Template Canva

Step 1: Pilih Niche Template Yang Laku Keras

Ramai orang gagal sebab buat template yang random. Ikut sedap badan sahaja. Yang penting bila kita design template adalah apa yang orang nak bukan apa yang kita rasa cantik dan fikir akan terjual

Tip penting: fokus niche yang ada demand.

Contoh niche high demand: 

  • Bisnes kecil (poster promo, menu, branding)
  • Wedding (kad jemputan, rsvp)
  • Education (worksheet, planner)
  • Content creator (IG carousel, reels cover)

Gunakan keyword seperti:

  • template Canva bisnes
  • template Instagram Canva
  • template Canva Malaysia

Keyword ini semua boleh membantu dari segi SEO (tarik trafik organik tanpa berbayar) dan discoverability).

Step 2: Design Template Canva Yand Mudah Edit

Kalau awak design template terlalu rumit boleh menyebabkan sukar pelanggan nak edit dan nanti akan banyak issues. Nanti banyak awak nak kena ajar tak boleh buat kerja lain. 

Ramai orang buat silap dekat sini. Template yang laku bukan yang paling cantik tapi yang paling mudah digunakan. 

Berdasarkan pengalaman saya, ciri template high-converting:  

  • Font mudah baca (Jangan lebih dari 2 jenis font)
  • Warna konsisten
  • Drag&drop friendly
  • Tak terlalu kompleks. 
  • Simple & clean

Rule penting: 

“Design untuk beginner, bukan designer”

Sebab target market yang kita cari adalah orang yang tak pandai design, nak mudahkan kerja dan hasil yang cepat juga orang yang tak ada waktu nak buat design.

cara jual template Canva

Step 3: Tukar Kepada Produk Digital

Design template awak dah siap, cara nak jual template Canva ada dua cara:

  1. Klik “Share”
  2. Pilih “Template link”
  3. Copy link

Cara kedua pula, download sebagai pdf, jpeg atau png dan paste kan di google drive. Jadikan design template awak produk digital yang senang diakses. Kasi link sahaja. 

Step 4: Pilih Platform Untuk Jual

Ada banyak tempat awak boleh jual template Canva awak. Macam saya, saya jual template Canva saya dengan bina sendiri website ini menggunakan Website WordPress. (RECOMMENDED) sebab untung tinggi, awak full control dan boleh buat funnel. 

Awak boleh rujuk: Panduan bina website tanpa coding menggunakan elementor

Kalau awak taktau nak bina website sendiri, ada banyak marketplace yang awak boleh explore, contoh: 

Strategi terbaik adalah bermula dengan marketplace terlebih dahulu kemudian boleh scale jual di website sendiri. 

Setup 5: Setup Sales Page Yang Convert

Ramai ada produk tapi takda sales sebab page tak convert. Kalau awak nak jual template Canva dan bina sales page sendiri. Elemen penting yang perlu ada:

  • Headline jelas dan kuat
  • Problem dan solution
  • Preview template (mockup cantik)
  • Benefit(sebagai contoh: jimat masa, nampak professional)
  • Testimoni pelanggan
  • CTA (Call to Action) yang jelas dan kuat (Sebagai contoh: Beli Sekarang, Order Sekarang)

Contoh headline yang convert:

“Siap Design 30 Hari Content Dalam 1 Jam Sahaja” 

cara jual template Canva

Step 6: Cara Marketing Untuk Jual Template Canva (Dapatkan Sales)

Awak dah buat produk lepas tu awak kena buat marketing supaya orang tau pasal template awak. Ada dua cara nak buat marketing iaitu free trafik dan trafik berbayar. 

1. Content Marketing (Free Trafik)

  • TikTok/Reels
  • Pinterest
  • Blog SEO (artikel ini sendiri adalah contoh SEO traffic strategy)

2. Paid Ads (Fast Results)

  • Facebook Ads Atau Google Ads (RM10-RM50 sehari)
  • Target:
    • Usahawan
    • Mak-Mak nak side income
    • Content Creator

Step 7: Cara Scale ke RM5K - RM10K Sebulan

Awak boleh capai RM5K hingga 10K hanya dengan jual template saja tau. Ini memang bukan sesuatu yang luar biasa maupun mustahil. Kalau awak serius nak buat income konsisten, buat ini:

  • Buat Bundle Template(Ini boleh naikkan AOV-Average Order Value dengan menaikkan harga)
  • Upsell(contoh: 100+ template pack)
  • Awak boleh tambah video tutorial ini akan menjadikan harga lebih premium
  • Bina email list awak, biar orang kenal awak dulu untuk bina trust

Ini dipanggil sales funnel digital product

cara jual template Canva

Strategi Advanced(Untuk Cepat Kaya Dengan Canva)

Ini adalah strategi power yang ramai tak nak buat adalah memberi lead magnet secara percuma. Lead magnet ini macam bagi free ebook, template dll. 

Contoh:

  • “50 Idea Side Income Canva”
  • “10 Template Canva Free”

Kita boleh kumpul email dan data orang. Bina kepercayaan terhadap brand kita dahulu. Kemudian soft selling dan upsell sekali sekala. Inilah yang dinamakan sales funnel. 

Kesilapan Besar Yang Buat Anda Tak Dapat Sales

Kesilapan besar yang ramai taktau adalah membuat design yang terlalu rumit, tak buat content marketing, tak guna funnel dan tak optimize SEO. 

Kesimpulan Cara Jual Template Canva

Menjual template Canva adalah salah satu cara paling mudah untuk mulakan bisnes digital daripada rumah

Kalau awak buat strategi dengan betul, awak boleh jadikan sebagai side income dan akhirnya boleh scale menjadi full-time income. Ini adalah bisnes tanpa modal besar dan kerja yang flexible.

Yang penting, awak kena start dulu, improve kemudian. Kena konsisten dan sabar kerana ini adalah cara jana pendapatan dari rumah yang legit bukan skim cepat kaya. Yang penting action > perfection.

FAQ Cara Jual Template Canva

1. Boleh ke jual template Canva secara sah?

Ya, boleh jual template Canva secara sah. Canva benarkan jual template selagi anda guna elemen yang dibenarkan dan ikut license mereka. 

2. Berapa harga sesuai untuk jual template Canva?

Harga yang sesuai untuk jual template Canva adalah:

  • RM10-RM30 (single template)
  • RM29-RM99 (Bundle)
  • RM100+ (Premium kit)

3. Platform mana yang terbaik untuk jual template Canva?

Platform yang terbaik untuk jual template Canva adalah di website sendiri (untung paling tinggi), Etsy (trafik global), dan Shopee (mudah untuk Malaysia)

4. Perlu skill design untuk jual template Canva?

Tak perlu skill design untuk jual template Canva. Yang penting design awak simple, clean, dan mudah edit.

5. Macam mana nak dapat sales pertama?

Cara nak dapat sales pertama dan paling cepat adalah dengan:

  • Post content setiap hari (Reels/TikTok)
  • Run ads RM10-RM50 sehari
  • Guna funnel (free -> paid)

6. Template Canva niche apa paling laku?

Template Canva niche yang paling laku adalah:

  • Bisnes (poster, branding)
  • Wedding
  • Social media content
  • Planner & worksheet

Dapatkan Berita Dan Tips Cara Nak Jana Pendapatan Dari Rumah