Siapa taknak cari cara buat duit online? Saya yakin dan percaya hampir semua orang nak, sebab dari rumah pun boleh buat duit side income di Malaysia tanpa perlu modal dan pengalaman.
Tambahan pula, dengan keadaan semasa di Malaysia kalau hanya bergantung pada satu pendapatan memang susah. Banyak komitmen nak bayar, duit dapur, duit untuk sekolah anak, belum pula tiba-tiba motor buat hal. Kalau ada duit tambahan memang sangat membantu betul tak?
Biasanya cara buat duit online di Malaysia ada macam-macam, contohnya seperti affiliate marketing (TikTok/Shopee), dropshipping, menjual produk digital seperti template Canva atau eBook, freelancing di Fiverr atau Upwork, menjadi content creator, atau menyertai aplikasi ganjaran seperti Honeygain.
Kalau awak pemula, taktau nak mula dari mana dan berminat cari cara jana pendapatan online awak yang pertama, pastikan baca artikel ini sampai habis okay?

Cara Buat Duit Dengan Canva (Panduan Lengkap Untuk Pemula 2026)


Cara Buat Duit Online di Malaysia (Panduan Lengkap 2026: Dari RM0 ke RM1000 Pertama)
Realiti Kos Hidup di Malaysia Semakin Meningkat
Kehidupan semasa sekarang memang semakin mencabar kan? Tambahan lagi dengan peperangan yang sedang berlaku antara Iran dan US. Ini memang akan memberi efek kepada kehidupan kita sehari-hari.
PMX sendiri buat kenyataan suruh rakyat Malaysia berjimat cermat. Sebelum terjadi peperangan pun, memang rakyat Malaysia dah merasa tekanan kewangan.
Antara faktor utama:
1. Harga makanan semakin mahal
2. Kos petrol meningkat
3. Harga rumah dan sewa tinggi
4. Komitmen pinjaman bertambah
Siapa sini yang mempunyai masalah menyimpan wang walaupun mempunyai pekerjaan tetap? Awak bukan seorang.
Sebab itu semakin ramai orang mencari side income atau cara buat duit online di Malaysia.
Dengan internet, sesiapa saja boleh mula menjana pendapatan dari rumah tanpa perlu membuka kedai fizikal. Malah awak boleh bermula dengan menggunakan handphone sahaja.
Kenapa Ramai Orang Malaysia Pilih Buat Duit Online?
Ramai rakyat Malaysia termasuk saya sendiri sering mencari cara jana pendapatan online dikeranakan beberapa sebab utama:
1. Modal Sangat Rendah
Banyak bisnes online boleh buat duit online tanpa modal ataupun bermula dengan modal yang sangat minima. Malah awak tak perlu pun nak beli barang, pegang stok banyak.
2. Boleh Buat Duit Dari Rumah
Tak kira awak seorang suri rumah, pelajar, pekerja pejabat maupun freelancer. Awak boleh buat duit online dari rumah. Cukup guna handphone dan internet.
3. Masa Fleksibel
Bestnya cara buat duit dari internet adalah awak boleh buat pada waktu malam atau pada waktu hujung minggu.
4. Potensi Pendapatan Tinggi
Sesetengah model seperti produk digital dan affiliate marketing boleh menjadi pendapatan pasif.
12 Cara Buat Duit Online di Malaysia
Berikut adalah 12 cara buat duit online untuk beginner yang paling popular dan realistik.
1. Affiliate Marketing
Affiliate marketing dalam bahasa mudah adalah cara buat duit online dengan mempromosikan produk orang lain. Apabila terjadi pembelian ke atas barang yang kita promosikan, maka kita akan mendapat komisyen.
Cara kerja:
- Ambil link affiliate
- Kongsi di social media
- Dapat komisyen jika orang beli
Platform popular:
Sebagai contoh:
Jika produk RM100 dengan komisyen 10%, anda akan dapat RM10 setiap jualan.
Bayangkan yang membeli 100 orang maka anda akan dapat RM1000.
2. Dropshipping
Dropshipping adalah model bisnes tanpa perlu simpan stok. Apa yang saya pernah buat adalah cari seller dekat shopee. Tengok review, tengok seller ada banyak quantiti barang tak? Lepas tu saya message mereka kata nak buat dropshipping nanti minta seller yang tolong hantar.
Dari 10 seller yang saya approach, 6 seller kata boleh.
Prosesnya:
- Anda post produk di social media, facebook group, whatsapp.
- Customer order
- Supplier hantar barang
Kelebihan:
- Tidak perlu simpan stok
- Risiko rendah
- Boleh mula dari rumah
Platform popular:
- Shopee
- TikTok Shop
3. Menjual Produk Digital
Ini adalah antara bisnes online tanpa modal atau minima modal yang sangat popular kerana boleh dijual berkali-kali. Saya juga suka guna cara ini sebagai side income yang mudah dari rumah. Sebab nak buat produk digital ini tak susah sebenarnya.
Contoh produk digital:
- Template Canva
- eBook
- Planner Digital
- Resume Template
- Template Social Media
Platform jualan:
- Etsy
- Shopee
- Gumroad
Yang bestnya, sekali buat produk digital, awak boleh menjual tanpa had.
4. Jadi Content Creator Malaysia
Ini adalah antara cara jana income tambahan yang paling popular di kalangan anak muda di Malaysia. Awak hanya perlu buat konten yang menarik perhatian orang ramai untuk menonton konten anda.
Platform popular:
- TikTok
- YouTube
Sumber Pendapatan:
- YouTube Adsense
- TikTok Shop
- Affiliate
- Sponsorship
5. Freelancing
Freelancing bermaksud menawarkan kemahiran secara online. Saya bermula sebagai penulis bebas secara online. Dan saya telah menulis untuk client dari Ireland, Singapore dan Brunei.
Kemahiran yang banyak permintaan:
- Penulisan Artikel
- Reka Grafik
- Bina Website
- SEO
- Video Editing
Platform popular:
- Fiverr
- Upwork
- Freelancer
Ramai freelancer Malaysia menjana USD income dari luar negara salah satunya adalah saya. Saya merupakan freelance website designer, dan juga SEO specialist writer.
6. Tutor Online
Jika awak mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam sesuatu bidang, anda boleh kerja part time secara online.
Contoh:
- Matematik
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Quran
Tutor biasanya mengenakan bayaran RM30 – RM100 persesi.
Platform yang anda boleh gunakan adalah:
- Google Meet
- Zoom
7. Menjual Template Canva
Template Canva adalah antara produk digital paling mudah dijual dan popular.
Contoh template:
- Poster Promosi
- Resume
- Kad Raya
- Planner
- Social Media Template
Ramai designer menjana RM1000- RM5000 sebulan melalui template.
Saya sendiri pernah menjual template kad raya digital.
Blogging
Blog masih menjadi sumber pendapatan yang stabil. Saya juga merupakan seorang blogger. Sebenarnya saya mempunyai satu lagi blog dan setiap bulan,saya mempunyai income tambahan yang dibayar melalui Google Adsense dan Ezoic.
Sumber income blog:
- Google Adsense
- Affiliate Marketing
- Sponsored Post
- Produk Digital
Jika artikel ranking di Google, trafik boleh datang setiap hari.
9. Virtual Assistant
Virtual assistant diperlukan dalam small business online dengan tugas seperti:
- reply email
- manage social media
- data entry
- customer service
Platform tempat mencari pekerjaan:
- LinkendIn
- Fiverr
- Upwork
Pendapatan biasanya USD5 – USD20 sejam
10. Menjual Produk di Shopee
Shopee adalah platform e-commerce terbesar di Malaysia.
Anda boleh menjual:
- Produk sendiri
- Produk supplier
- Produk digital
Saya sendiri juga merupakan shopee seller. Kerja online dari rumah di Malaysia sekarang memang mudah. Dengan handphone je awak dah boleh monitor penjualan dan listing produk.
11. TikTok Affiliate
Cara buat duit di TikTok semakin popular di kalangan rakyat muda Malaysia kerana video mudah viral. Lagi pula sekarang boleh guna AI untuk bantu buat video.
Saya sendiri merupakan TikTok Affiliate dan dah buat duit dengan TikTok.
Cara Kerja:
- Pilih Produk
- Buat Video Review
- Letak Link Affiliate
Jika video viral atau banyak view, sangat membantu meningkatkan jualan dengan cepat.
12. Aplikasi Jana Pendapatan
Beberapa aplikasi memberi ganjaran untuk penggunaan internet.
Contoh popular: Honeygain
Aplikasi ini membayar pengguna dalam USD hanya dengan membiarkan aplikasi berjalan ketika melayari internet.
Pendapatan kecil tapi boleh menjadi pendapatan pasif tambahan.
Cara Pilih Side Income Yang Sesuai
Setiap orang adalah berbeza. Allah dah ciptakan semua orang unik dan mempunyai kelebihan masing-masing. Apa yang saya senaraikan hanyalah guideline saja dan tidak semua cara sesuai untuk semua orang.
Awak perlu pertimbangkan faktor berikut:
Minat
Jika anda suka menulis, cubalah cara jana pendapatan online sebagai freelance writing atau blogging. Terus terang saya bermula sebagai penulis.
Kemahiran
Jika awak seorang yang kreatif dan berjiwa seni, mungkin design adalah cara buat duit dari internet untuk awak. Anda boleh mencuba jual template Canva. Untuk permulaan tak perlu pun Canva Pro cukup dengan Canva Free dan handphone saja.
Masa
Jika awak bekerja sepenuh masa dan suri rumah mungkin masa awak terhad. Saya sarankan awak mencuba affiliate marketing kerana tak memerlukan masa dan tenaga yang banyak
Modal
Jika awak tiada modal dan nak buat duit online tanpa modal boleh mula sebagai freelancer atau content creater. Saya bermula sebagai freelance penulis.
Beberapa tools percuma yang saya sendiri pakai boleh membantu awak untuk memulakan bisnes online. Berikut adalah beberapa tools percuma yang saya cadangkan:
Canva
Untuk design template dan grafik. Nak buat website pakai canva pun boleh.
ChatGPT
Ini adalah antara tools yang saya sering pakai terutama saya merupakan solopreneur. ChatGPt sangat membantu untuk idea konten, penulisan artikel, dan deskripsi produk untuk SEO Shopee.
CapCut
Untuk edit Video TikTok dan kegunaan social media.
WordPress
Untuk bina website atau blog.
Kesilapan Beginner Dalam Buat Duit Online
Ramai orang terutama pemula dan juga saya pernah mengalami kesilapan ini. Saya dah berkecimpung dalam dunia digital hampir 8 tahun selain menjadi doktor perubatan. Saya menjadikan doktor perubatan saya sekarang sebagai pekerjaan part time kerana online lebih menjana pendapatan dan juga saya dapat berada di rumah untuk menjaga anak-anak.
Antara kesilapan saya dan banyak orang:
Cuba Terlalu Banyak Bisnes
Jika awak mencuba terlalu banyak bisnes akan mudah terganggu tumpuan, lagi-lagi bila awak pemula. Saya faham sangat nak buat duit online dan nak nampak result yang cepat. Nasihat saya percaya pada proses dan fokus hanya pada satu model dahulu.
Tidak Konsisten
Apapun yang awak nak lakukan baik pekerjaan maupun side income. Bisnes online memerlukan masa untuk berkembang kerana ini bukan skim cepat kaya. Tapi percayalah ini merupakan pekerjaan yang boleh mendatangkan rezeki yang halal selagi awak konsisten dan berusaha sungguh-sungguh.
Tidak Belajar Marketing
Sebelum saya bermula sebagai digital marketer, saya dulu pernah berniaga secara offline jual pakaian dan tudung. Saya ingat buka kedai je nanti mesti ada orang beli, rupanya saya salah tanpa ilmu marketing memang susah nak menjual biarpun produk kita bagus.
Akhirnya saya tutup kedai, kebodohan ini adalah pelajaran paling mahal buat saya dan saya berharap awak tak buat kesilapan yang sama macam saya.
Expect Hasil Cepat
Menurut pengalaman saya, kebanyakan bisnes online memerlukan masa 3-6 bulan untuk stabil.
Tips Berjaya Buat Duit Online
- Fokus Satu Model Dahulu
- Belajar Skill Marketing
- Konsisten Buat Konten
- Gunakan AI untuk bantu kerja
Mahu Mula Buat Duit Online?
Jika awak mahu mula sekarang, berikut beberapa resource yang boleh membantu:
Template Digital Siap Jual
Mulakan bisnes produk digital tanpa perlu design dari kosong
Mari belajar bina website menggunakan WordPress + Elementor walaupun awak beginner. Saya ajar step by step
Tools Affiliate Marketing
Cari produk yang boleh dipromosikan dan jana komisen.
Soalan Lazim (FAQ)
Boleh ke buat duit online tanpa modal?
Ya, awak boleh buat duit online tanpa modal dengan cara seperti affiliate marketing, freelancing, dan menjadi content creator yang boleh dimulakan tanpa modal
Berapa lama untuk dapat income pertama?
Untuk mendapat income pertama, kebanyakan orang mengambil masa 1 hingga 3 bulan untuk mendapatkan pendapatan pertama
Cara mana paling mudah untuk beginner?
Cara buat duit online untuk beginner paling mudah adalah dengan melakukan affiliate marketing dan digital produk kerana tidak memerlukan stok atau modal besar
Platform apa popular untuk buat duit online di Malaysia
Platform yang popular termasuk:
- Shopee
- TikTok
- Fiverr
- Etsy
- YouTube
Berapa banyak boleh buat duit online?
Pendapatan bergantung kepada usaha dan model bisnes.
Sebagai contoh:
| Model | Potensi Income |
|---|---|
| Affiliate marketing | RM500 – RM5000 |
| Produk digital | RM1000 – RM10000 |
| Freelancing | RM2000 – RM8000 |
| Content creator | RM500 – RM20000 |