Apa side income untuk suri rumah yang boleh dilakukan dari rumah tanpa modal? Saya faham ramai suri rumah di Malaysia ingin membantu kewangan keluarga tetapi tidak mempunyai masa untuk bekerja sepenuh masa di luar rumah.Â
Sungguhpun demikian, sebenarnya terdapat banyak peluang side income untuk suri rumah yang boleh dilakukan dari rumah secara fleksibel.Â
Dengan hanya menggunakan telefon, internet dan media sosial, ramai wanita kini berjaya menjana pendapatan sampingan dari rumah tanpa perlu meninggalkan anak-anak.Â
Jadi tak perlu ada rasa risau dan bimbang memikirkan anak-anak dan kerja rumah kerana mak zaman sekarang boleh side income dari rumah sahaja.Â
Antara cara yang disukai mak-mak adalah:
- Menjadi agen dropship
- Menjual makanan di rumah
- Menjadi content creator
- Affiliate marketing
- Kerja online seperti admin media social.Â
Jom sama-sama kita lihat 7 idea side income yang sesuai untuk suri rumah di Malaysia.Â

Cara Buat Duit Dengan Canva (Panduan Lengkap Untuk Pemula 2026)


Cara Buat Duit Online di Malaysia (Panduan Lengkap 2026: Dari RM0 ke RM1000 Pertama)
1. Menjadi Agen Dropship
Salah satu cara paling popular untuk suri rumah menjana pendapatan ialah menjadi agen dropship.Â
Dalam model dropship, mak tidak perlu menyimpan stok produk. Tugas mak hanya mempromosikan produk di media sosial seperti:Â
- TikTok
Apabila pelanggan membuat pembelian, pembekal akan menguruskan pembungkusan dan penghantaran kepada pelanggan.Â
Antara produk yang sering dijual secara dropship:Â
- Pakaian wanita
- Produk kecantikan
- Makanan frozen
- Tudung
- Produk kesihatan
Kelebihan dropship ialah risiko rendah dan boleh bermula tanpa modal besar.Â
2. Personal Shopper atau Runner
Kalau mak tinggal di kawasan perumahan yang ramai penduduk, mak boleh menawarkan servis sebagai personal shopper atau runner.Â
Contohnya:Â
- Membelikan barang dapur
- Mengambil makanan dari restoran
- Membeli barang farmasi
- Mengurus penhantaran kecil
Promosi boleh dilakukan melalui:Â
- WhatsApp group taman
- Facebook community
- Telegram
Servis ini sangat diperlukan terutama oleh:Â
- Warga emas
- Ibu bekerja
- Keluarga sibuk
Kalau mak melakukan servis yang terbaik, pelangan boleh menjadi pelangan tetap setiap minggu.Â
3. Menjual Makanan Dari Rumah
Kalau mak mempunyai kelebihan pandai memasak atau baking, ini boleh menjadi side income dari rumah yang sangat menguntungkan.Â
Contoh makanan yang mudah dijual:
- Nasi lemak sarapan
- Kuih muih
- Kek homemade
- Dessert
- Frozen food
Ramai suri rumah yang bermula kecil-kecilan seperti mengambil order dari jiran atau kawan sekolah anak sebelum mempromosikannya di media sosial.Â
Platform yang boleh digunakan:
- Facebook Marketplace
- GrabFoob (Home-based vendor)
4. Menjadi Content Creator atau Reviewer
Jika mak suka berkongsi pengalaman atau membuat video, mak boleh menjadi content creator.Â
Contoh kandungan yang boleh dibuat:Â
- Review product
- Unboxing
- Tips Parenting
- Resepi Masakan
- Rutin harian suri rumah
Brand- brand kecil sering mencari micro influencer untuk mempromosikan produk mereka.Â
Mak boleh menjana pendapatan melalui:
- Paid review
- Affiliate link
- Komisen jualan
Platform yang popular:
- TikTok
- Instagram reels
- Facebook reels
- YouTube Shorts
5. Pemasaran Affiliate
Affiliate marketing adalah cara menjana pendapatan dengan mempromosikan produk orang lain.Â
Mak akan diberikan link khas, dan setiap pembelian melalui link tersebut akan memberikan komisen.Â
Contoh platform affiliate:
Cara promosi:
- Review produk
- Buat video TikTok
- Share link di Facebook
- Tulis artikel blog
Ramai suri rumah berjaya menjana ratusan hingga ribuan ringgit sebulan hanya melalui affiliate.Â
6. Menjadi Admin Media Sosial
Ramai pemilik bisnes kecil tidak mempunyai masa untuk menguruskan media sosial mereka.Â
Di sinilah peluang untuk mak menjadi admin media sosial.Â
Tugas biasanya termasuk:
- Membalas mesej pelanggan
- Membuat posting
- Menjadualkan content
- Mengurus komen
Kerja ini boleh dilakukan sepenuhnya dari rumah.Â
7. Menjadi Freelancer Online
Freelancing semakin popular kerana banyak kerja boleh dilakukan secara online.Â
Contoh kerja freelance:
- Content writer
- Graphic designer
- Web designer
- Data entry
- Virtual Assistant
Platform untuk mencari kerja freelance:
- Fiverr
- Upwork
- Freelancer.com
8. Menjual Produk Digital
Jika mak mempunyai kemahiran tertentu, mak boleh menjual produk digital kerana produk digital tidak memerlukan kos penghantaran
Contoh produk digital:Â
- eBook resepi
- eBook parenting
- Template canva
- Panduan diet
- Panduan bisnes kecilÂ
Kelebihan produk digital
- Sekali buat boleh jual berkali-kali
- Tiada kos penghantaran
- Boleh jual secara automatik
- Margin keuntungan tinggi
Platform jualan:
- Website sendiri
- Gumroad
- Shopee digital
- Telegram channel
9. Mengisi Survey Berbayar
Sesetengah laman web membayar pengguna untuk menjawab survey online.
Walaupun bayaran tidak besar, ia boleh menjadi pendapatan tambahan yang mudah.
Contoh platform:
-
YouGov
-
Toluna
-
SurveyOn
10. Menjadi Reseller Produk
Selain dropship, mak juga boleh menjadi reseller produk.
Sebagai reseller, anda membeli produk secara borong dan menjual semula dengan harga lebih tinggi.
Contoh produk:
Tudung
Kosmetik
Produk kesihatan
Makanan
11. Mengajar Kelas Online
Jika mak mempunyai kemahiran tertentu, mak boleh mengajar kelas secara online.
Contoh kelas:
Mengaji
Bahasa Inggeris
Memasak
Design Canva
Matematik
Platform yang boleh digunakan:
Zoom
Google Meet
Telegram
12. Menulis Blog
Menulis blog boleh menjadi sumber pendapatan jangka panjang.
Mak boleh menjana income melalui:
Google AdSense
Affiliate marketing
Sponsored post
Jika blog mendapat trafik tinggi, pendapatan boleh menjadi sangat lumayan.
13. Membina Website Untuk Client
Salah satu kemahiran digital yang semakin mendapat permintaan ialah membina website untuk bisnes.
Ramai perniagaan kecil memerlukan website tetapi tidak tahu cara membuatnya.
Jika anda belajar menggunakan WordPress dan Elementor, anda boleh:
Membina website untuk client
Menjadi freelancer web designer
Menjana income dari rumah
Ramai freelancer mengenakan bayaran antara RM500 hingga RM3000 untuk satu website.
Tips Untuk Suri Rumah Yang Ingin Mulakan Side Income
Jika mak baru bermula, jangan risau untuk bermula secara kecil-kecilan.Â
Beberapa tips penting:
1. Gunakan kemahiran yang sudah ada
Contohnya memasak, menulis, atau membuat design
2. Gunakan media sosial sepenuhnya
Facebook, TikTok dan WhatsApp sangat berkesan untuk mencari pelanggan.
3. Mulakan dengan satu idea dahulu
Fokus pada satu sumber pendapatan sebelum mencuba yang lain. Kadang kita rasa macam kita boleh buat banyak benda dalam satu masa dan kenapa dan fokus satu kalau boleh dapat lebih? Tapi sebenarnya ini yang boleh membuatkan mak berhenti di tengah jalan. Jadi saran saya pilih satu dan buat secara konsisten. Kalau memang rasa tak boleh, tukar yang lain.Â
4. Tetapkan masa kerja yang fleksibel
Tetapkan masa kerja yang fleksible supaya tanggungjawab kepada keluarga tidak terjejas.Â
Dengan konsisten dan usaha, side income boleh berkembang menjadi pendapatan utama.Â
Kesimpulan
Menjana side income untuk suri rumah kini lebih mudah berbanding dahulu. Dengan teknologi dan media sosial, ramai wanita berjaya menjana pendapatan tanpa meninggalkan rumah.Â
Mulakan dengan langkah kecil, dan lama-kelamaan ia boleh menjadi sumber kewangan yang membantu keluarga.Â
FAQs: Side Income Untuk Suri Rumah
1. Apakah side income terbaik untuk suri rumah?
Antara side income untuk suri rumah yang popular ialah dropship, menjual makanan dari rumah, affiliate marketing, dan menjadi content creator kerana is fleksibel dan boleh dilakukan dari rumah.
2. Bolehkah suri rumah buat duit tanpa modal?
Ya, suri rumah boleh buat duit tanpa model seperti melakukan dropship, affiliate marketing, dan content creator kerana boleh dimulakan tanpa modal besar dan tidak memerlukan stok produk.
3. Berapa pendapatan side income untuk suri rumah?
Pendapatan bergantung kepada usaha dan jenis side income. Ada yang menjana sekitar RM200 hingga RM500 sebulan, manakala asa juga yang boleh mencapai RM3000 atau lebih.Â
4. Platform apa yang sesuai untuk promosi side income?
Platform yang sesuai untuk promosi side income ialah Facebook TikTok, Instagram, dan WhatsApp kerana mudah digunakan dan mempunyai ramai pengguna di Malaysia
5. Adakah side income boleh menjadi pendapatan utama?
Ya, side income boleh menjadi pendapatan utama. Ini menyebabkan ramai suri rumah bermula dengan side income kecil sebelum berkembang menjadi bisnes sepenuh masa.Â