"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" - Ar Rad 11

Cara Buat Website Sendiri (Panduan Lengkap Beginner Tanpa Coding)

cara buat website sendiri
Facebook
Twitter
LinkedIn

Table of Contents

Nak tahu cara buat website sendiri tanpa coding? Awak berada di tempat yang betul. Saya berpengalaman sebagai freelance website designer dan SEO specialist selama 8 tahun dan pernah bekerja secara remote untuk company di Singapura. 

Sebenarnya awak boleh bina website dalam 1 hari sahaja, walaupun takda ada pengalaman teknikal dan langsung tak tahu coding. 

Mempunyai website sendiri ni best, sebab ini rumah digital awak. Tak perlu bergantung dengan siapa-siapa. Contoh macam awak bina follower dekat social media, tapi bila-bila masa syarikat besar tu boleh ambil balik dan awak boleh hilang follower.

Beza dengan website, sebab ini adalah awak punya sendiri. Dalam panduan ini, saya akan tunjukkan step by step cara buat website sendiri guna WordPress, sesuai untuk beginner di Malaysia yang nak:

Disclaimer: Sebahagian link di dalam artikel ini mengandungi link affilate di mana tidak ada kos yang akan anda tanggung sekiranya anda klik link tersebut. 

Apa Yang Awak Perlukan Untuk Buat Website Sendiri

Sebelum mula, awak hanya perlukan: 

  • Domain (nama website)
  • Hosting (server simpan website)
  • WordPress (platform website)

Cara Buat Website Sendiri Step by Step

Step 1: Pilih Domain & Hosting

Domain ini ibarat alamat rumah awak manakana hosting ini adalah tanah dimana awak nak bina “rumah” awak. Untuk mula, awak perlukan:

  • Domain (contoh: lubokwebsite.com)
  • Hosting (contoh saya guna hostinger) 

Selain hostinger, ada beberapa contoh provider Malaysia:

Pro Tips:

  • Pilih domain yang senang ingat dan ringkas.
  • Elakkan nama terlalu panjang.
  • Elakkan simbol dan nombor. 

Step 2: Install WordPress

Tak susah nak install WordPress. Kebanyakan hosting sekarang dah ada 1-click install WordPress. 

Langkah-langkah nak install WordPress:

  1. Login cPanel
  2. Klik “Softaculous Apps Installer”
  3. Pilih WordPress
  4. Klik Install

Dah siap, satu klik sahaja dan website awak dah live.

cara buat website sendiri
cara buat website sendiri

Step 3: Pilih Theme (Design Website)

Sebelum nak mula bina website. Awak kena pilih theme dulu. Theme ini macam awak nak pilih syarikat interior design yang nak deco rumah awak. 

Dari dashboard WordPress lihat sebelah kira awak dan cari appearance > theme. Dekat sini ada macam-macam theme awak boleh pilih. 

Berdasarkan pengalaman saya menjadi web designer hampir 8 tahun dan bekerja di syarikat asing selama dua tahun. Dua theme yang saya cadangkan adalah: 

  • Astra kerana ringan dan laju
  • Hello Elementor kerana ini adalah yang paling sesuai untuk beginner
cara buat website sendiri

Step 4: Install Plugin Penting

Plugin ini macam benda asas yang penting nak bina website awak sebagai contoh air dan elektrik, itulah plugin. 

Plugins ini awak boleh cari dari dashboard WordPress awak dan cari add plugin. Dekat sini ada macam-macam plugin(software) yang ada. 

Saya sendiri wajib guna plugin ini bina website WordPress saya:

  • Elementor adalah design yang sangat mudah, awak cuma perlu drag & drop sama macam Canva
  • Rankmath/Yoast SEO ini adalah untuk tarik trafik organik dari Google dan Bing. 
  • WPForms adalah form contact untuk dapatkan email opt in. Ini adalah optional kerana Elementor sekarang dah ada form sendiri. 
  • FlyingPress atau WProcket adalah plugin yang boleh bantu tingkatkan performance dan speed website awak. 
cara buat website sendiri

Kalau awak nak:

  • Website nampak professional
  • Design macam agency
  • Tak pening setup plugin

Saya juga menawarkan khidmat membuat website untuk awak. 

Saya sangat suka guna elementor. Memang sangat senang sama macam awak guna Canva. Awak dengan mudah boleh:

  • Drag & drop design (text, gambar, button, dll)
  • Letak Gambar
  • Edit tanpa perlu tahu coding

Dengan Elementor awak dah boleh buat pages yang penting untuk website WordPress awak:

  • Home
  • About
  • Services
  • Contact

Untuk tutorial penuh, baca cara guna elementor untuk beginner. 

Step 6: Tambah Content (SEO Friendly)

SEO ini sangat best kalau awak mahir menggunakannya. Ini adalah pelaburan jangka masa panjang yang boleh membantu menarik trafik secara organik dan percuma. 

Untuk ranking Google dan Bing:

  • Anda kena guna keyword (contoh: cara buat website sendiri)
  • Tulis artikel blog
  • Letak internal link

Pro Tips:

  • Awak perlu menulis sekurang-kurangnya minimum 800 ke 1500 perkataan
  • Letak keyword dekat heading (H1, H2, dan H3)

Step 7: Publish & Promote Website

Bila awak dah siapkan design website awak, awak hanya perlu klik butang publish dan website awak sekarang dah “live” dekat dunia online digital. Sekarang adalah masanya untuk tunjukkan website WordPress awak pada dunia. 

Selepas siap, awak boleh share dekat Facebook, gunakan SEO dan/atau jalankan iklan (Meta Ads/Google Ads). 

Kalau awak serious nak buat income dari website, saya ajar step by step dalam Kursus Bina Website Tanpa Coding. Sangat sesuai untuk:

  • Sesuai untuk beginner
  • Boleh buat income freelance macam yang saya buat sekarang melalui fiverr, upwork, linkedin. 
  • Tak perlu tunjuk muka

🎯 Target: Dari kosong → website siap → boleh ambil client

Berapa Kos Cara Bina Website WordPress?

Permulaan modal untuk bina website wordpress ini adalah antara RM150 ke RM500 sahaja berbanding kalau awak sewa software orang lain sendiri contohnya macam Onpay RM864 ke RM2,184 setahun. 

ItemKos
DomainRM50 – RM70/tahun
HostingRM100 – RM300/tahun
Theme/PluginRM0 – RM200

Nak tahu lebih detail boleh baca kos buat website di Malaysia.

Kelebihan Buat Website Sendiri

Banyak kelebihan bila awak ada “rumah” sendiri awak tak perlu bergantung pada siapa-siapa dan mempunyai kawalan penuh terhadap website awak. 

Selain itu, awak boleh jimat kos tak perlu bayar developer dan boleh buat income sendiri. 

Cara Buat Duit Dengan Website WordPress

Bila awak dah pandai buat website, awak boleh buat duit dengan website dengan offer servis freelance web design bergantung dengan apa client nak, awak boleh cas servis awak di antara RM500 hingga RM3000/client. 

Selain daripada itu, awak boleh buat affliate marketing macam yang ada dekat artikel ini. Bila orang baca artikel dan buat pembayaran pada link awak, awak akan dapat komisyen. 

Awak juga boleh upsell servis SEO kepada client awak yang buat website dengan awak atau offer servis Google My Business

Dan awak boleh jual produk digital awak sendiri macam yang ada dekat lubokwebsite ini. 

  • Kalau awak nak:Website siap tanpa pening
  • Belajar skill yang boleh jana income
  • Tak perlu trial dan error

Kesalahan Beginner Yang Perlu Elak

Salah satu kesalahan yang paling biasa beginner buat termasuk saya adalah salah pilih hosting. Pilih hosting yang murah dan slowkan website awak. Lagi parah bila hosting tu customer servis dia sangat teruk. Kalau nak tahu kenalah email saya ya. 

Kesalahan yang kedua pula buat design yang terlalu berat. Jangan salah pilih theme dan guna plugin sembarangan kerana ini akan membuatkan website awak berat dan boleh menyebabkan website tak rank dekat Google.

Kesalahan yang ketiga pula adalah tak buat SEO langsung. SEO ini adalah antara high demand skill yang complimentary dengan skill buat website tau.

Terakhir sekali, awak install terlalu banyak plugin. 

FAQ

1. Susah ke nak buat website sendiri?

Tak susah nak buat website sendiri, dengan WordPress dan Elementor, awak boleh bina website tanpa coding. 

2. Berapa lama masa nak siapkan website?

Biasanya awak perlu 1 hingga ke 3 hari untuk beginner kadang-kadang 7 hari masa yang diperlukan untuk siapkan website. 

3. Perlu ke belajar coding?

Tidak perlu langsung belajar coding tapi kalau nak belajar tak salah pun lagi banyak tahu lagi bagus kan.  

4. Boleh ke buat duit dengan website?

Ya, awak boleh buat duit dengan website dengan buat freelance servis buat website untuk client, jual servis produk digital, buat blog dan affiliate marketing

6. WordPress sesuai untuk beginner?

Ya, WordPress sesuai untuk beginner dan merupakan platform paling popular, mudah digunakan dan hampir 60% populasi dunia menggunakan platform WordPress untuk buat website mereka. 

5. Apa beza WordPress.com dan WordPress.org?

WordPress.org lebih fleksibel dan sesuai untuk bina website profesional. 

Kesimpulan Cara Buat Website Sendiri

Cara buat website sendiri sebenarnya sangat mudah jika ikut langkah yang betul:

  1. Domain dan hosting
  2. Install WordPress
  3. Pilih theme
  4. Install Plugin
  5. Design guna Elementor
  6. Tambah Content
  7. Publish Website awak 

Dengan skill ini, awak boleh buat website sendiri dan jana income dari rumah

Dapatkan Berita Dan Tips Cara Nak Jana Pendapatan Dari Rumah